Laguku

Saturday, 25 January 2014

KE MANA TUJUMU WAHAI SANG ISTERI

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم  

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu, berpuasa dibulan Ramadan, memelihara maruahnya, dan taat kepada suami, maka masuklah ia dari mana-mana pintu syurga yang mereka kehendaki.” (Riwayat )

Seorang wanita memang mudah untuk ke syurga berbanding lelaki. Ini kerana, jika seorang wanita itu melaksanakan apa yang telah ditetapkan dalam agama islam. Syurga adalah tempatnya.

Berbanding dengan kaum adam, banyak yang bakal disoal sebelum ke syurga, Anak-anak dan isterinya bakal disoal berkenaan apa yang dilakukan semasa hayatnya, kemana jihatnya dan bermacam persoalan bakal di tanya..

Tetapi, wanita jugalah yang paling ramai menjadi penghuni neraka kerana solat yang dilakukan oleh seorang wanita itu kadangkala tidak mencegah dirinya daripada melakukan perkara2 keji dan mungkar, wanita juga antara yang suka berpuasa, tetapi puasanya hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja, tetapi masih melakukan dosa-dosa, samaada dosa kecil atau dosa besar.

Wanita antara yang susah menjaga maruahnya, masih membuka aurat, walaupun bertudung, tetapi tidak mengikut tuntutan syarak dan wanita juga  sering gagal memberi ketaatan kepada suaminya.

Bagaimana dengan menjaga maruah dan taatkan suami? Dua perkara ini lebih ramai wanita yang gagal. Maruah diri tidak dijaga sewaktu keluar bekerja. Pakaian yang mendedahkan aurat boleh membawa kepada banyak dosa lain selepasnya. Pergaulan bebas juga boleh membawa kepada dosa mulut, mata dan telinga.

Mengenai mentaati suami, realitinya isteri paling ramai gagal untuk memberi ketaatan kepada suaminya. Perintah suami mudah disanggah isteri dan kehendaknya saja yang dipakai. Layakkah mereka ke syurga dalam keadaan itu?

Insaflah wahai wanita yang bergelar isteri. Jangan jadikan diri kita sebagai manusia pertama menuju ke  neraka.

Semoga segala amalan yang kita lakukan diterima oleh Allah.Insha Allah..Amin amin amin..

Sumber dari petikan : Blog pujangga kesepian



Friday, 24 January 2014

MENCARI REDHAMU YA ALLAH


بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم                       

 Assalamualaikum wahai sahabat semua
Hari ni 22 jan 2014,aku ingin berkongsi sesuatu buat teman2 seadanya kerana aku tak tahu bila lagikah aku boleh berkongsi sesuatu yg baik buat semua saudara Islamkum

Selekanya aku menyelak setiap halaman facebook aku .tatkala itulah aku terlihat satu page 
https://www.facebook.com/MencariRidhoDanHidayahMuYaAllah  
     yang tercatatnya satu pesanan yang tertulis :-a

"Jadikanlah amal soleh sebagai teman agar jadi penolong saat kita dihisab,dan menemani kita pada titian shirathul mustaqim".

Tatkala itu juga terdetik di hati untuk bermuhasabah diri,dan berfikir sejenak..sejauh manakah imanku.Adakah ruang untukku di syurgamu Ya Allah..
Terbayang kembali siapakah teman2 ku.Adakah IMAN bersamaku